Syukur pada Allah memberi saya peluang yang sangat bermakna. After few years, Inilah ramadhan pertama saya berpuasa penuh di rumah! Dengan adik-beradik yang ramai & bersempena cuti semester universiti yang belum habis, maka meriahlah sambutan ramadhan kali ini di rumah BARU kami. tett!
Malam 1st ramadhan, emak & ayah tak dapat sertai kami terawih, maka selaku pemandu beginner yang diberi mandat dan kuasa, dengan bertelekung lengkap bawakla adik-adik naik kereta Saga 1994 yang tak berapa nak ada lampu. Sampai je dekat surau, orang dah tutup pintu tak boleh masuk sebab dah overload! Terkejut dan gelabah la kami semua, maklumla pemastautin baru katanya. Seterusnya, kami berubah fikiran untuk ke Masjid. Malangnya, kereta masuk ke dalam lopak! Dengan bebekalkan sesi pembelajaran & pengajaran yang ada, maka nya kami berjaya keluar dari lopak besar tersebut bersama lumpur orennya sekali.
Sampai je dekat masjid, keadaan agak lengang. Dengan secekap mungkin adik saya dapatkan tempat bawah kipas! Itu malam 1 ramadhan sebaliknya malam tadi, 2 ramadhan, sampai je kami di Masjid, pintu masjid pulak yang tutup. Habes terawih semalam, ada more, seronokla si 4 abdul itu!
Itu kisah terawih, Bazar ramadhan pulak lain ceritanya! Kami pergi bazar ramadhan semalam jam 3.30 petang, maklumla 1st ramadhan takut makanan dah habis. Elok je kami nak masuk parking, keta saga tersebut kehabisan minyak! Godek punya godek masukla parking dalam keadaan senget benget! Timbulla perasaan menyesal tak bawa Luqman yang boleh tolong tolak kereta! menyumpah seranahla masyarakat Jengka kat si pemarking kereta senget ini.
Apapun, tahniah untuk Memey sebab berjaya pose semalam! Untuk anda semua, salam ramadhan!
2 opinions:
mas..dah dpt lesen P ye....hehehe...tragisnye cite ni..tp kelakar..
rumah baru kat mana? Anyway selamat berpuasa Mas..lama x jumpa!
Post a Comment