Followers

Friday, July 10, 2009

Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin

wrote by ijau at 10:54 AM
Mungkin lambat untuk saya ceritakan.
Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin 2007 merupakan debat pertama saya..

Dengan segala kebetulan yang ada, saya diberi peluang untuk bersama-sama menyertai pertandingan ini.

Itulah kali pertama saya menghadiri latihan debat Universiti Malaysia Pahang..
Perkenalan dengan senior-senior dan rakan-rakan debat yang baru akhirnya mengheret saya untuk meminati bidang ini.


Untuk tahun 2007, saya digandingkan bersama fendi, yusri, dan syafarah.
Untuk kali tersebut, kami memenangi 2 dari 5 perlawanan.


Ketika itu, pasukan UMP A, abg raja, abg dekwan, khairi & najmie merupakan juara liga dan berjaya ke suku akhir.
Namun, UMP A kalah di peringkat suku akhir dengan tajuk Kunjungan MU : Diluah mati emak, ditelan mati bapa.




Untuk tahun 2008, saya diletakkan bersama-sama saudara khairul afizan, najmie & zaidatul izyan.



Untuk kali ini, pasukan saya memenangi 3 dari 5 perlawanan.
Mujurlah juri & margin yang tinggi, maka kami berada di tempat ke 8.


Di peringkat suku akhir, kami berlawan dengan pasukan IPGM Sultan Mizan dan tewas dengan usul Malaysia Sudah Bersedia. Tahun kedua UMP tewas di suku akhir.


Untuk tahun 2009, pertandingan ini diadakan di penghujung bulan 6.
Hampir kesemua pendebat UMP tidak ada.
Maka, hasilnya tinggal saya, adam, daus, suria,shafiqah & shahrul.


Dengan kekangan-kekangan yang berlaku, dengan beberapa kali berubah-ubah team, akhirnya kami bersama-sama memilih.
Akhirnya saya bersama adam & daus.
Kesemuanya pendebat kedua!

Mujurlah malam sebelum pertandingan, tito & jumain sampai,
maka, tito bersama kami dan jumain bersama pasukan 3S.
Untuk kali ini, kami menang 5 dari 6 perlawanan dan menduduki tempat ke 2 selepas IPGM Sultan Mizan.


Apa yang lebih menggembirakan,
UMP B yang juga berjaya ke peringkat suku akhir dengan menduduki tangga ke 8.

Melihat kepada percaturan kalah mati,
UMP A tidak akan langsung berjumpa UMP B (angan-angan jumpa kat akhir),


namun, rezeki bukan milik UMP.
Untuk tahun ketiga UMP tewas di suku akhir. UMP A kalah dengan UIAM dengan juri 3-2 margin 1.67 dan UMP B tewas dengan IPGM Sultan Mizan.



Mungkin ada yang menyatakan,
pentas ini cuma pentas pantai timur.
Namun, pada saya yang sedang belajar,
pentas ini banyak memberikan tunjuk ajar.

Terima kasih buat semua senior yang tidak pernah berhenti memberi tunjuk ajar dan menyokong kami semua.

Buat madam mala, abg Azwan, abg raja, abg fais, khairul & hafizul. Terima kasih yang tidak terhingga.

Lebih manis lagi kenangan ini dengan adanya rakan lama, Saifullah Othman dan Aminur Rashid Mohd Shariai.

Saya masih lagi berhutang budi. Tidak tahu bila dapat memberi.

1 opinions:

azwan bamadhaj on July 11, 2009 11:10 PM said...

sama-sama juga kepada anda semua,

junior yang tak pernah kenal erti mengalah.....

 

i j a u c o m e l Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez